- Secara amnya, bendalir yang berlainan mempunyai perbezaan kelakuan.
-Sebagai
contoh gas adalah ringan & boleh mampat, manakal bendalir adalah berat
& tak boleh mampat
.
-Antara sifat-sifat
fizikal bendalir adalah seperti ketumpatan, berat tentu, graviti tentu, isipadu
tentu dan kelikatan.
Ketumpatan
jisim, ρ
- ditakrifkan
sebagai jisim per unit isipadu. ( Unit SI, kg/m3 )
Berat
tentu, w
- Ditakrifkan
sebagai berat per unit isipadu.( Unit SI, N/m3 )
(dimana
g = 9.81m/saat2)
Dalam
unit SI berat tentu air ialah 9.81 x 1000 = 9810 N/m3
Graviti
tentu, s
- Graviti tentu ialah nisbah
berat sesuatu bahan dengan berat air yang sama isipadunya pada suhu 4°C. Graviti
tentu juga dikenali sebagai ketumpatan bandingan.
Kelikatan
- Cecair
mengalir di sebabkan wujud daya ricih di antara lapisan-lapisan bendalir.
Kelikatan adalah ukuran rintangan cecair terhadap daya ricih berkenaan