Thursday, 31 January 2013

Sifat- sifat Fizikal Bendalir

- Sifat-sifat fizikal bendalir berkait rapat dengan kelakuan bendalir tersebut.

- Secara amnya, bendalir yang berlainan mempunyai perbezaan kelakuan.


-Sebagai contoh gas adalah ringan & boleh mampat, manakal bendalir adalah berat & tak boleh mampat .

-Antara sifat-sifat fizikal bendalir adalah seperti ketumpatan, berat tentu, graviti tentu, isipadu tentu dan kelikatan.

Ketumpatan jisim, ρ

- ditakrifkan sebagai jisim per unit isipadu. ( Unit SI, kg/m3 )



 Berat tentu, w

- Ditakrifkan sebagai berat per unit isipadu.( Unit SI, N/m3 )





(dimana g = 9.81m/saat2)

Dalam unit SI berat tentu air ialah 9.81 x 1000 = 9810 N/m3

Graviti tentu, s

- Graviti tentu ialah nisbah berat sesuatu bahan dengan berat air yang sama isipadunya pada suhu 4°C. Graviti tentu juga dikenali sebagai ketumpatan bandingan.





Isipadu tentu, v

-  Isipadu yang mengandungi satu unit jisim sistem tersebut (m3/kg ). Isipadu tentu ialah salingan ketumpatan jisim (r) iaitu l:




 Kelikatan

- Cecair mengalir di sebabkan wujud daya ricih di antara lapisan-lapisan bendalir. Kelikatan adalah ukuran rintangan cecair terhadap daya ricih berkenaan



Tuesday, 29 January 2013

Pengukuran Tekanan Tolok

Tekanan Atmosfera , Patm

- Tekanan yang disebabkan oleh atmofera permukaan bumi dan nilainya bergantung kepada ketinggian udara diatas permukaan tadi.

- Digunakan sebagai tekanan rujukan atau tekanan vakum.

- Tekanan Atmosfera pada aras laut bernilai 101.325 kN/m2, dimana ianya bersamaan 10.35 m bacaan turus air atau 760 mm bacaan turus raksa.

 Tekanan Tolok , PG

-   Ianya adalah tekanan yang diukur dengan bantuan peralatan pengukuran, dimana tekanan atmosfera diambil sebagai garis rujukan (datum line).

- Tekanan tolok boleh bernilai positif atau negatif bergantung samaada tekanan tersebut berada diatas tekanan atmosfera atau dibawah tekanan atmosfera.


Tekanan Mutlak , PA

-   Ianya adalah tekanan dari hasil tambah tekanan tolok dengan tekanan atmosfera

.




Vakum , Pv

- Ianya adalah ruang kosong dimana tekanan adalah sifar.

Turus Tekanan 

- Iaitu tekanan yang diukur atau ditulis dalam sebutan tinggi, biasanya h ditulis dalam unit mm, cm atau m.

Pressure Gauges Diagram




Saturday, 26 January 2013

Tekanan

Definisi tekanan

- Bendalir akan menghasilkan daya normal kepada semua sempadan yang bersentuhan dengannya.

- Disebabkan sempadan ini mungkin luas dan daya berlainan dari satu tempat ke tempat yang lain. Maka lebih sesuai jika kita katakan tekanan, P ialah daya per unit luas dimana daya bertindak. 





Unit :   

Newton’s per square metre,   
  Nm-2,kgm-1s-2.
             (unit yang sama juga dikenali sebagai Pascal Pa, contoh 1 Pa = 1Nm-2)
           
Juga dalam unit alternatif, unit SI dalam bar,
          dimana 1 bar = 1x105 Nm-2

Mekanik Bendalir





Pengenalan Mekanik Bendalir :

  • Mekanik Bendalir merupakan satu bahagian dalam mekanik gunaan.
  • Pengetahuan dalam mekanik bendalir merupakan asas kepada kejuruteraan kimia.
  • Pengendalian cecair lebih mudah, murah dan kurang masalah berbanding dengan pengendalian pepejal.


Unit suhu


• Berdasarkan Perjanjian antarabangsa, skala suhu telah ditetapkan kepada satu skala yang piawai iaitu:
- Celsius, Fahrenheit Kelvin and Rankine scales -

a) Hubungan diantara suhu celsius dengan suhu kelvin:


b) Hubungan diantara suhu rankine dengan suhu kelvin:





c) Hubungan diantara suhu Rankine dengan suhu Fehrenheit: