Tuesday, 29 January 2013

Pengukuran Tekanan Tolok

Tekanan Atmosfera , Patm

- Tekanan yang disebabkan oleh atmofera permukaan bumi dan nilainya bergantung kepada ketinggian udara diatas permukaan tadi.

- Digunakan sebagai tekanan rujukan atau tekanan vakum.

- Tekanan Atmosfera pada aras laut bernilai 101.325 kN/m2, dimana ianya bersamaan 10.35 m bacaan turus air atau 760 mm bacaan turus raksa.

 Tekanan Tolok , PG

-   Ianya adalah tekanan yang diukur dengan bantuan peralatan pengukuran, dimana tekanan atmosfera diambil sebagai garis rujukan (datum line).

- Tekanan tolok boleh bernilai positif atau negatif bergantung samaada tekanan tersebut berada diatas tekanan atmosfera atau dibawah tekanan atmosfera.


Tekanan Mutlak , PA

-   Ianya adalah tekanan dari hasil tambah tekanan tolok dengan tekanan atmosfera

.




Vakum , Pv

- Ianya adalah ruang kosong dimana tekanan adalah sifar.

Turus Tekanan 

- Iaitu tekanan yang diukur atau ditulis dalam sebutan tinggi, biasanya h ditulis dalam unit mm, cm atau m.

Pressure Gauges Diagram




Saturday, 26 January 2013

Tekanan

Definisi tekanan

- Bendalir akan menghasilkan daya normal kepada semua sempadan yang bersentuhan dengannya.

- Disebabkan sempadan ini mungkin luas dan daya berlainan dari satu tempat ke tempat yang lain. Maka lebih sesuai jika kita katakan tekanan, P ialah daya per unit luas dimana daya bertindak. 





Unit :   

Newton’s per square metre,   
  Nm-2,kgm-1s-2.
             (unit yang sama juga dikenali sebagai Pascal Pa, contoh 1 Pa = 1Nm-2)
           
Juga dalam unit alternatif, unit SI dalam bar,
          dimana 1 bar = 1x105 Nm-2

Mekanik Bendalir





Pengenalan Mekanik Bendalir :

  • Mekanik Bendalir merupakan satu bahagian dalam mekanik gunaan.
  • Pengetahuan dalam mekanik bendalir merupakan asas kepada kejuruteraan kimia.
  • Pengendalian cecair lebih mudah, murah dan kurang masalah berbanding dengan pengendalian pepejal.


Unit suhu


• Berdasarkan Perjanjian antarabangsa, skala suhu telah ditetapkan kepada satu skala yang piawai iaitu:
- Celsius, Fahrenheit Kelvin and Rankine scales -

a) Hubungan diantara suhu celsius dengan suhu kelvin:


b) Hubungan diantara suhu rankine dengan suhu kelvin:





c) Hubungan diantara suhu Rankine dengan suhu Fehrenheit: