Pengenalan dan Binaan
- Piezometer adalah sebatang tiub yang disambungkan kepada paip atau bekas yang mengandungi cecair.
- Hujungnya terdedah ke atmosfera
- Ianya hanya sesuai jika tekanan dalam bekas atau paip lebih besar daripada tekanan atmosfera.
- Tekanan yang di ukur mestilah bernilai kecil.
- Bendalir yang terdapat dalam bekas atau paip dimana tekanan perlu diukur mestilah dalam keadaan cecair.
- Dengan menentukan ketinggian cecair, h dan hubungan P1 = ρgh, tekanan tolok boleh ditentukan.
Barometer
Pengenalan dan Binaan
- Barometer ialah satu peralatan yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera.
- Terdiri daripada tiub yang mempunyai panjang lebih daripada 760 mm disambungkan pada satu bekas cecair raksa yang terdedah ke atmosfera.
- Pada bahagian atas hujung tiub dalam keadaan tertutup manakala pada bahagian bawah hujung tiub dalam keadaan terbuka.
- Keadaan vakum di atas tiub dan tekanan atmosfera di luar permukaan bekas raksa menyokong jumlah ketinggian raksa di tiub kaca.
Tolok Bourdon
Pengenalan dan Binaan
- Tolok ini digunakan untuk mengukur tekanan tolok diatas atau di bawah tekanan atmosfera.
- Sekiranya tekanan mutlak diperlukan, tekanan atmosfera mestilah dicampur kepada bacaan tolok bourdon yang diperolehi itu.
- Bahagian utama tolok tekanan ini ialah sebuah tiub A yang diperbuat daripada bahan ganga-fosfor dan mempunyai keratan rentas berbentuk elips. Tiub ini dilenturkan menjadi satu lengkung seperti yang terdapat dalam rajah
- Hujung B tiub ini tertutup sementara hujung N yang terbuka itu dipasang pada penyambung D. Tekanan stim atau sebagainya akan melalui lubang pada penyambung setelah melalui bahagian sifon dan terus masuk kedalam tiub.
Prinsip operasi tolok bourdon
- Sekiranya tekanan bertambah dalam tiub, maka tiub ini akan cuba menjadi lurus. Begitulah sebaliknya apabila tekanan berkurangan, tiub akan melengkung kedalam.
- Perubahan suhu akan menggerakkan bahagian hujung B. hujung ini disambungkan kepada satu gear sukuan F oleh penyambung E. Gear ini bertemu dengan gear pinan kecil G. Penunjuk H dipasang pada gear pinan ini.
- Oleh yang demikian, sebarang pergerakkan hujung B yang disebabkan perubahan suhu akan memutarkan gear pinan dan seterusnya, menggerakkan penunjuk. Penunjuk berputar di atas skala tekanan J. seluruh mekanisma ini terdapat dalam sarung bulat K.
No comments:
Post a Comment