Tuesday, 26 February 2013

Pengukuran Tekanan - Manometer

Manometer Tiub-U Kebezaan

Pengenalan dan Binaan

- Merupakan satu peralatan yang digunakan untuk mengkur perbezaan tekanan diantara dua titik dalam paip atau pada dua paip yang berlainan
- Manometer tiub-u kebezaan mengandungi tiub-u
- Bendalir berat dengan hujung yang bertemu di dua titik yang berlainan.



Jika garisan rujukan ialah CD ( iaitu paras yang sama) maka, tekanan pada C (PC) adalah sama nilai dengan tekanan pada D ( PD)

PRINSIP OPERASI


  • Berdasarkan teori tekanan dan kedalaman ( PRESSURE AND DEPTH ), gambarajah menunjukkan tekanan tinggi di A akan menolak bendalir berat dalam tiub-u manometer untuk bergerak kebawah
  • Pergerakkan bendalir berat di lengan kiri ke bawah akan mengakibatkan kenaikan bendalir berat di lengan kanan.
  •  Kenaikan bendalir pada sebelah kanan tiub akan memberikan bacaan turus tekanan, dengan menggunakan persamaan kita dapat mencari nilai perbezaan tekanan diantara dua paip tersebut.

Tekanan pada lengan kiri sehingga garis rujukan 




 Pc = Tekanan PA pada A + Tekanan akibat kedalaman turus air , h











Tekanan pada lengan kanan sehingga garis rujukan 



 PD = Tekanan PB pada B + Tekanan daripada ketinggian turus air , h2 + Tekanan daripada ketinggian turus raksa h1

















Disebabkan C dan D pada paras yang sama didalam bendalir yang tidak bergerak (fluid static) 










Manometer Tiub-U terbalik

Pengenalan & Binaan

Manometer tiub-u terbalik digunakan untuk mengukur perbezaan tekanan yang kecil, dimana ketepatan diutamakan dalam pengukuran.

•    Ianya mengandungi tiub-u,
    Bendalir berat (heavy liquid) – cth :-merkuri
    Dan bendalir ringan (light liquid)cth:- air




Prinsip Operasi

  •  Anggapkan tekanan pada titik A lebih besar daripada tekanan di titik B, tekanan yang besar di titik  A akan menghasilkan daya yang menolak bendalir ringan di tiub-u terbalik untuk bergerak keatas.
  • Pergerakkan bendalir keatas didalam lengan kiri ini akan menyebabkan bendalir ringan di lengan kanan mengalami kejatuhan mendadak.
  • Dalam kes ini ambil kira  C-D sebagai garisan rujukan (datum line).


No comments:

Post a Comment