Wednesday, 20 February 2013

Pengukuran Tekanan

Di antara alatan yang digunakan bagi mengukur tekanan ialah :

 - Manometer
- Piezometer ( Tiub Tekanan )
- Barometer 
- Tolok Bourdon

1. Manometer 

Manometer digunakan untuk mengukur tekanan atau perbezaan tekanan diantara tekanan tinggi dengan tekanan rendah. 

Manometer terdiri daripada beberapa jenis iaitu:-

a ) Manometer Tiub-U Mudah

b ) Manometer Tiub-U Kebezaan 

c ) Manometer Tiub-U Terbalik 



1,1  MANOMETER TIUB-U MUDAH
Binaan Manometer


  • Manometer mudah terdiri daripada tiub yang lengkuk berbentuk U.
  • Satu hujung bersambung dengan tolok dan satu bahagian lagi terbuka, seperti dalam rajah diatas.
  • Bendalir yang digunakan ialah merkuri yang mempunyai ketumpatan bandingan 13.6 kerana ia lebih sesuai untuk mengukur tekanan yang tinggi.

Fungsi Manometer 

  • Pertimbangkan manometer tiub-u mudah yang disambung dengan sesuatu bendalir dan paip berada dalam tekanan yang tinggi.
  • Tekanan paip yang tinggi ini akan menolak merkuri pada sebelah kiri tiub untuk turun kebawah. Pergerakan kebawah merkuri ini akan menyebabkan kenaikan merkuri pada sebelah kanan tiub.
  •  Kenaikan merkuri pada sebelah kanan tiub akan memberikan bacaan turus tekanan, dengan menggunakan persamaan kita dapat mencari nilai tekanan didalam paip.

Bahagian pertemuan antara bendalir itu dengan merkuri dinamakan datum. Katakan B-C ialah garis datum dalam gambarajah manometer diatas.

Dimana , 
         

h1 = Tinggi bendalir P pada sebelah kiri tiub, dalam cm.
h2 =  Tinggi merkuri pada sebelah kanan tiub, dalam cm. 
PA = Tekanan dalam paip 





Tekanan sebelah kiri dan kanan tiub pada garisan datum adalah sama


Tekanan PB  pada titik B = Tekanan PC  pada titik C

Bahagian kiri tiub-U


PB = Tekanan PA pada A + Tekanan akibat kedalaman turus air h1





 










Bahagian kanan tiub-U


Pc= Tekanan PD pada D . Tekanan akibat kedalaman turus raksa h2

Tetapi ,

PD = Tekanan Atmosfera
       = Tekanan Tolok Sifar
       = Sifar


Maka , 

 


Disebabkan , 

tekanan PB pada titik B = Tekanan PC pada titik C

PB = PC






Manometer Tiub-U dengan tekanan negatif dalam paip




  • Tekanan negative paip akan diserap oleh bendalir P, dimana bendalir P akan menarik merkuri kedalam tiub sebelah kiri
  • Pergerakan merkuri dalam tiub sebelah kiri akan menyebabkan merkuri sebelah kanan tiub akan menurun.
  • Keadaan ini akan menghasilkan nilai tekanan tolok iaitu bersamaan tekanan atmosfera setempat.




No comments:

Post a Comment