Wednesday, 13 February 2013

Hukum Pascal dan Jek Hidraulik


•  Sistem hidraulik menggunakan bendalir tidak mampat seperti minyak dan air untuk memindahkan daya dari sesuatu tempat ke tempat lain di antara bendalir tersebut. Contohnya pada jek kereta hidraulik dan penggunaan break tayar kapal terbang.

 Hukum Pascal menyatakan bahawa apabila terdapat kenaikan tekanan pada mana-mana titik dalam bendalir yang terhad (bekas tertutup), maka terdapat kenaikan yang sama nilai pada semua titik yang berlainan dalam bekas tersebut.

 Sebagai contoh, dalam gambarajah dibawah P3 adalah bacaan nilai tertinggi dalam  tiga tekanan tersebut, kerana ia merupakan paras tertinggi bendalir dalam bekas ini.

Penggunaan Hukum Pascal Pada Bendalir di dalam Bekas Tertutup ( CONTAINER) 




Hukum Pascal 

•        Hukum pascal menyatakan tekanan pada satu titik adalah sama di semua arah di dalam bendalir yang berkeadaan diam.


P1 =P2 = P3 =P4 =P =Px =Py =Pz


Jek Hidraulik 

•  Hydraulic Jack  : Jek hidraulik digunakan untuk mengangkat beban yang berat 
                                 dengan  menggunakan daya yang kecil. 


Gambarajah di bawah menunjukkan sistem jek hidraulik. 
Daya F dikenakan pada omboh yang kecil, bendalir seperti air dan minyak akan 
memindahkan daya tersebut ke omboh yang besar untuk mengangkat beban, W.



Daya, F bertindak pada luas, a menghasilkan tekanan P1, di mana ia akan memindahkan pada semua arah dalam bendalir

Jika dua omboh pada aras yang sama tekanan, P2  pada omboh yang besar adalah sama dengan tekanan, P1 pada omboh yang kecil.



Disebabkan tekanan bersamaan daya per unit luas, maka :




No comments:

Post a Comment